< Browse > Home / Technology / Blog article: 3 teknik asas untuk memaksimakan penggunaan facebook dan twitter

| Mobile | RSS

3 teknik asas untuk memaksimakan penggunaan facebook dan twitter

May 29th, 2009 | No Comments | Posted in Technology

Dengan peredaran media sosial berkembang, ramai diantara pengguna melayu yang menggunakan twitter untuk membantu dalam berkomunikasi serta memeberitahu tentang promosi perniagaan anda.

Memang tidak disangkal lagi bahawa penggunaan sosial media dapat meningkatkan lagi keberadaan anda dialam siber, akan tetapi dengan teknik yang betul ia dapat memaksimakan penggunaan tersebut. Disini saya akan senaraikan 3 teknik asas yang dapat anda gunakan untuk memaksimakan penggunaan facebook dan twitter.

1. Mulakan dari hati yang terbuka.

loveSetiap amalan harus dimulakan dengan niat yang ikhlas, itu yang memang baginda rasulullah saw sarankan. Malah tidak banyak beza dengan dunia realiti, anda harus bersikap terbuka dan positif.

Apabila hati terbuka maka anda lebih jujur dalam tingkah laku, serta mampu untuk berkongsi isi hati anda. Segala isi hati anda boleh dikongsi si status facebook atau twitter anda. Jika anda melazimi bertindak sedemikian, anda secara tidak langsung akan menarik minat pengguna lain dan memulakan interaksi bersama anda. Nah disini yang orang jawa panggil “networking” untuk menarik minat pengguna internet bukan mudah. Dan bila anda berjaya, jangan sekali-kali “buat tidak tahu”, malah anda harus ada “follow-up”. Dan menjalinkan silaturrahim. Ini akan mengalihkan kepada nokta kedua.

2. Jangan sombong dan fikir diri sendiri

stupidBaik, setelah anda sering berkongsi, segala apa yang tersirat dihati. Dan anda telah berjaya menjalinkan hubungan baru dengan pengguna yang lain. Kini anda tidak seharusnya menumpukan pada perkara sekeliling anda sahaja. Anda harus keluar dan ambil tahu mengenai rakan pengguna anda yang lain. Komen segala blog yang mereka punyai. Berikan pendapat yang ikhlas.

Disini pengguna yang lain akan lebih menghargai dan memberi tumpuan terhadap anda. Dan mula menyokong segala pendapat yang anda berikan. Jika terdapat perselisihan pendapat, jangan lompat kepada penilaian. Pasti terdapat cara yang dapat atasi, seperti adakan suara ramai, undian dan sebagainya. Gunakan poll dan seperti Poll Daddy.

3. Tambah nilai. Berikan apa yang mereka suka.

spikeSetelah anda berjaya menarik minat pengguna terhadap sikap suka berkongsi dan sikap tidak pentingkan diri sendiri, kini kita beralih kepada nokta asas ketiga iaitu, berikan nilai dalam kongsian anda.

Jika anda sering berkongsi isi hati anda, pengguna akan mula rasa bosan dan pengguna mula dahagakan kepelbagaian dalam kongsian anda. Berikan sedikit rasa dan warna dalam kongsian anda.

Mungkin anda bole memulakan dengan perkara yang anda pakar. Dan kongsi segala maklumat yang boleh menarik minat kepada pengguna yang sama aliran. Anda juga bole mula untuk mencari bahan-bahan yang original dan dikongsi link-link sesama pengguna yang lain. Disini anda perlu luangkan masa sedikit untuk mencari dan menganalisa. Dan ia juga perlukan teknik yang khusus untuk pakar dalam mencari bahan-bahan yang berkualiti di internet untuk dikongsi ramai.

Mungkin jika terdapat pembaca-pembaca yang minat untuk mengetahui, insyallah akan saya kongsi pada posting akan datang.

View Poll

Go to Source

  • No Related Post

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

solat3d