Peperangan enjin pencari, bermula lagi.
Sudah lebih 4 hari saya tidak menulis berita mengenai teknologi. Inilah dia manusia, bile lama tidak lakukan ia jadi semakin malas. Baik pada kali ini kita akan teruskan mengetahui mengenai satu inisiatif terbaru Microsoft untuk cuba dan terus mencuba tidak berputus asa untuk berlawan dengan Google, syarikat gergasi enjin pencari. Menurut searchengineland.com Microsoft akan memperkenalkan produk terbarunya yang masih lagi dalam perbincangan dan perundingan nama. Akan tetapi menurut blog searchengineland.com ia akan dinama “Kumo” terdapat juga nama-nama lain seperti “Bing”. Macam-macam hal.
Akan tetapi beberapa bulan yang lalu Microsoft telah membeli satu syarikat kecil yang dinamakan Powerset. Powerset.com adalah satu lelaman yang memudahkan bagi pencari artikel-artikel di wikipedia dengan tambahan enjin pencari yang memahami persoalan anda. Powerset akan mengembalikan hasil carian (daripada carian berbentuk soalan) yang dipanggil dari lelaman wikipedia dan dipersembahkan dalam bentuk yang lebih cantik dan tersusun. Saya telah menggunakan powerset untuk mencari carian-carian yang lebih komplek dari artikel-artikel wikipedia. Bagi saya powerset berjaya membuatkan saya beralih dari mencari langsung dari wikipedia akan tetapi melalui powerset. Anda harus mencubanya.
Bagi pendapat saya, menurut comscore (Penganalisa internet) pasaran enjin pencari masih lagi dipegang oleh Google dengan kadar lebih dari 40%. Oleh demikian saya rasa agak jauh bagi penyaing-penyaing di arena enjin pencari untuk melawan Google.
- Memperkenalkan WolframAlpha. Enjin pencari bagi pengkaji, ahli sains, ahli metamatik serta ahli akademik
- Google product search untuk android kini dilengkapi dengan alat scan barcode
- Adakah anda pengguna setia Gmail? Kini Google memperkenalkan Google alih bahasa langsung dari Gmail anda
- Wah FBI pon ade Facebook, twitter dah social media yang lain
- Youtube semakin berkembang besar, 20 Jam video Muat Naik setiap minit.. Pekh!!~



